Bibir atau kulit berwarna kebiruan

If a person's skin or lips turn blue, it's usually a sign of low blood oxygen levels or poor circulation.

Pengenalan

Jika kulit atau bibir seseorang berwarna kebiruan, ia biasanya menandakan tahap oksigen dalam darah yang rendah atau pengaliran darah yang lemah.

Apabila darah kurang oksigen, ia bertukar daripada warna merah terang kepada warna yang lebih gelap, dan keadaan inilah yang menjadikan kulit serta bibir kelihatan kebiruan.

Nama perubatan untuk warna kebiruan ini adalah sianosis. Bagi orang yang berkulit gelap, sianosis adalah lebih mudah dilihat pada bibir, gusi dan di sekeliling mata.

Apa yang perlu dilakukan

Orang dewasa

Telefon ambulans atau pergi ke jabatan kecemasan hospital yang terdekat (A&E) jika orang dewasa berwarna kebiruan atau mempunyai bibir yang kebiruan dan menunjukkan gejala amaran yang lain, seperti kesukaran bernafas, sakit dada, atau secara amnya berasa tidak sihat.

Jika hanya jari, tangan, jari kaki atau kaki yang berwarna kebiruan, sila berjumpa dengan doktor anda – kebiasaannya ia berpunca daripada masalah pengedaran darah (lihat di bawah).

Kanak-kanak dan bayi

Telefon ambulans atau pergi ke jabatan kecemasan hospital yang terdekat (A&E) jika kanak-kanak berwarna kebiruan. Percayakan kepada naluri anda dan cari tanda-tanda amaran ini:

  • kesukaran bernafas – perhatikan pernafasan yang cepat, atau bernafas dengan lubang hidung mengembang, atau otot dada ditarik dengan setiap nafas

  • duduk dengan bahu yang membongkok

  • membuat bunyi mendengus

  • lemah, kepenatan atau tidak bergerak

  • tidak berselera

  • mudah marah

Penyebab umum

Anda boleh membaca lebih lanjut untuk mengetahui tentang penyebab umum sianosis, tetapi jangan gunakan maklumat ini untuk mendiagnosis diri anda – sentiasa dapatkan nasihat dari doktor anda.

Sianosis pada tangan, kaki atau anggota badan.

 Jika hanya jari, jari kaki atau anggota badan yang bertukar kepada warna kebiruan dan berasa sejuk, ia dikenali sebagai 'sianosis periferal'. Biasanya ia berpunca daripada pengedaran darah yang lemah yang disebabkan oleh sama ada:

  • bekalan darah ke atau dari anggota badan tersumbat, seperti darah beku

  • Penyakit Raynaud, keadaan biasa yang mempengaruhi bekalan darah ke bahagian tertentu badan, biasanya jari-jari dan jari kaki

Sianosis umum pada kulit dan bibir

Apabila semua bahagian kulit dan/atau bibir berwarna kebiruan (lihat gambar, atas kiri), ia dikenali sebagai sianosis pusat dan kebiasannya merupakan tanda tahap oksigen yang rendah dalam darah. Penyebab umum bagi sianosis pusat disenaraikan di bawah.

Masalah dengan paru-paru:

  • darah beku dalam arteri paru-paru (embolisme pulmonari)

  • keadaan penyakit paru-paru jangka panjang yang semakin teruk seperti penyakit pulmonari obstruktif kronik (COPD) atau asma

  • lemas atau hampir lemas

  • berada di altitud yang tinggi

  • radang paru-paru yang teruk

Masalah dengan saluran udara:

  • bronchiectasis, di mana saluran pernafasan semakin melebar, menyebabkan pembentukan lendir berlebihan, yang menjadikan saluran udara lebih terdedah kepada jangkitan

  • menahan nafas

  • tercekik – ketahui [apa yang perlu dilakukan jika bayi tercekik]

  • Krup atau laringotrakeobronkitis, keadaan ketika zaman kanak-kanak (biasanya berpunca dari virus) yang menjejaskan saluran pernafasan, yang menyebabkan batuk teruk

  • epiglottitis, keradangan dan pembengkakan tisu di bahagian belakang kerongkong, biasanya disebabkan oleh jangkitan

  • sawan yang berlangsung lama

Masalah dengan jantung:

  • kegagalan jantung, di mana jantung gagal mengepam darah yang mencukupi ke seluruh badan

  • kecacatan jantung sejak lahir (penyakit jantung kongenital) – sianosis boleh berlaku jika kecacatan itu membenarkan darah yang kurang oksigen dari bahagian kanan jantung mengalir masuk ke bahagian kiri jantung secara langsung, dan bukannya mengalir ke paru-paru untuk mendapatkan lebih banyak oksigen

  • serangan jantung, di mana jantung berhenti berdegup

Masalah-masalah lain:

  • pengambilan dadah berlebihan (narkotik, benzodiazepin atau sedatif)

  • pendedahan kepada udara atau air sejuk

  • masalah dengan darah, seperti hemoglobin yang tidak normal (darah tidak dapat mengambil oksigen yang mencukupi) atau polycythaemia (kepekatan sel darah merah tinggi)

Kandungan yang disediakan secara percuma oleh NHS.uk. NHS.uk tidak bertanggungjawab untuk penyetempatan / terjemahan kandungan asalnya oleh Your.MD

Content supplied by NHS Choices